CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Isnin, 10 November 2008

Antara Cita Dan Cinta


Ada apa dengan cinta?Kalau bercerita tentang cinta dia dahulu yang jadi juaranya..Cerita tentang teman istimewa,peribadinya,ketampanan yang sedia ada pada kekasihnya.Wah!semuanya yang hebat-hebat belaka.Bagi diriku,tak ada apa yang boleh diceritakan tentangcinta!Akupun tak tahu apa kelebihannya bila bercinta?Tapi yang aku tahu,seseorang yang tengah bercinta mesti melekat dekat handphone sepanjang masa,habiskan duit dengan'topup'sentiasa..Apa motifnya untuk seseorang tue cuba untuk menafikan cinta?Adake cinta tu membawa bahagia atau hanya menyakitkan jiwa?Tepuk dada tanya ler selera..No komen...Tapi bagi aku dalam kehidupan setiap insan memerlukan cinta.Cinta yang utama hanya padaNYA,seterusnya cinta pada nabi dan cinta ssesama manusia.Dia dilahirkan dengan cinta.Semasa berda dalam semester pertama lagi dah ada'pakwe'.Katanya nanti adala jugak orang yang boleh bagi support dalam study!Bosanla pulak kalau dalam hidup nitak pernah cuba merasa macammana rasa nikmat bercinta.Kalau dah ada 'chance' tu apalagi yang nak ditunggu,try ajela..Belum belum tau...Itulah antara kata-katanya.Ada plak yang kata kalau kita bercinta ni susah nak blajar!Yela asyik do ingat dekat si dia jee..Betul ke?No komen..Pelajaran memang penting dalam kehidupan.Aku tak nafikan seseorang tu perlukan cinta dan cita untuk jaminan hidup yang lebih baik dan bahagia.Tapi apa motifnya kalau bercinta sehingga terlupa cita-cita?Apa motifnya kalau bercinta sehingga terabai segala-galanya?Oh no,persoalan yang susah nak dijawab!Katanya lagi,cinta tu buta,cinta tak kenal siapa,cinta juga tak peduli umur berapa.Yang penting perasaan sayang dan suka sama suka.Untuk mendapatkan cita-cita juga perlukan cinta.Cinta pada apa yang dicitakan dan apa yang diimpikan.Dan hingga kini dia tidak menidakkan cinta.Kerana baginya cinta itu satu anugerah yang tercipta buat setiap insan ciptaan ALLAH yang Esa.Tanpa cinta tiada ertinya cita-cita.Carilah cinta,kejarlah cita-cita...Aku masih ingat,sebahagian dari lirik lagu sebuah kumpulan nasyid(IN TEAM)Kalimah cinta.....

Adam hawa bercinta disyurga
Angkara iblis terpisah menderita
kerana cinta mereka setia bertemu didunia....

Kerna cinta kenal pencipta
Kerna cinta kenal Rasulya
Kerana cinta kenal saudara bahagia keluarga..

Hidup tanpa cinta sengsaralah jiwa
sengketa dan dusta yang merajai jiwa
dibatasan cinta syariat terjaga
tanpa keraguan tanpa kesangsian...

Doa Seorang Kekasih

Sweet Memory.....


Salam kepada semua....Hari nie kenapa ntah tetiba je aku rasa rindu banget kat my double sweet baby ARDINI ZAHIRAH ZULKIFLY nih...Rindula kat dia...Kalu nak tau dia seorang jela buah hati pengarang jantung bagi family aku, Othman family Enterprise!Hehehe...Sebabnye ayah aku buat setakat ni dia takdela plak berniat nak tambah cawangan lagi(*Tambah bini lagi)Nanti kalau dia tambah lagi satu cawangan aku kenala letak Othman Family Sdn Bhd.Harap-harap tu takla sebabnye dah dah putihpun kepala tu takkan ada hati lagi kot?..Al kisah dia macam ni,Ardini Zahirah ni anak sedara aku yang baru berumur 1 tahun 4 bulan. Kalau nak tengok dan tilik muke die,you all semua tgkla gambar baby tue?Cute tak?Mestila cute, tengokla sape mak sedare dia...Heheheh....Al maklumla,anak sedare cume seorang tu je sebab tu la kitorang adik beradik suke berebut-rebut nak main dengan dia...Masa kakak aku mengandungkan dia dulu,Alhamdulillah takde apa-apa masalah, semua urusan dipermudahkan olehNYA....Syukran....Pada 13 Julai 2007 kakak aku selamatlah melahirkan seorang puteri yang comel di Hospital Besar Sungai Petani Kedah seberat 2.8 kilogram.Masa tue kakak aku berpantang kat umah aku.Hari-hari yang dilalui lebih bahagia dan gembira dengan keletah manja dan menghiburkan...Oleh kerana kakak aku tinggal di Ayer Tawar,Perak jadi waktu hujung minggu sajela aku dapat jumpa dengan Si comel ni...Rindu banget sama dia......Muuaaaaaccchhhh!

Alahai Nafsu.....

Nafsu adalah sebahagian dari manusia dan manusia tidak boleh berpisah darinya.Malah,dengan nafsu dunia menjadi indah.nafsu adalah anugerah dari ALLAH S.W.T.Didalamnya ada ilham baik dan buruk seperti dalam maksud firman ALLAH,'kami ilhamkan kebaikan dan keburukan dalam hati manusia'.berjayalah kepada sesiapa yang dapat mendidik hati sebagaimana kalangan nabi dan rasul.Sesiapa yang boleh mengawal hati tidak mustahillah juga seseorang itu dapat menguasai nafsu.Sebaliknya,sesiapa yang rosak telah rosak hati,hatinya itu akan menjadi tunggangan nafsu.Mulia atau hinanya manusia bergantung kepada sejauh mana manusia boleh mengawal nafsu.Nafsu bukan untuk dibunuh tapi sebenarnya untuk dididik.Al Quran membahagikan nafsu kepada tiga,iaitu nafu 'amarah',iaitu nafsu jahat,nafsu ;lawwamah'(menyesal apabila membuat kejahatan),dan nafsu 'mutmainnah'(tenang).Bila buta martabat nafsu,manusia akan teraba-raba dalam kegelapan,ada yang bersa dirinya hina disisi ALLAH,tapi sebenarnya mulia disisi ALLAH kerana berjaya mengawal nafsu.Ada pula yang menyangka dirinya mulia disisi ALLAH tapi sebenarnya hina disisi ALLAH kerana tidak tahu mengawal nafsu.Ada yang berasa dirinya patut dimuliakan tapi sebenarnya adalah sebaliknya disisi ALLAH.Jadi sama-samalah kita menginsafi dan mengingatkan diri kita agar dapat menjadi insan yang terpilih disisi ALLAH.Dikesempatan yang ada ini,saya ingin mengingatkan diri sendiri dan orang lain agar dapat mendidik dan menguatkan hati supaya dapat menewaskan nafsu.Semoga dapat kita beramal dengan sebaiknya.InsyaALLAH..

Aku Punya Ibu Sehebat UMMI!


Alhamdulillah.Aku bahagia punya ibu sebaik 'UMMI'.Aku bangga punya ibu sekuat 'UMMI'.'UMMI'adalah sumber inspirasi buat diriku.Aku sayang akan 'UMMI'.Aku cinta akan 'UMMI'.Aku tahu aku tidak bisa jadi sekuat 'UMMI'.'UMMI'lah yang selama ini membesarkan aku.Mencurahakan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi pada kami adik beradik.Segala pengorbanan 'UMMI'tak bisa untuk aku balas.Pengorbanannya cukup besar sekali maknanya bagi aku dan adik beradik yang lain.Bahagianya aku kerana beribukan 'UMMI'!Aku dibesar,dididik dan dijaga dengan penuh pengertian.Tangan 'UMMI' yang selama ini membelaiku dengan penuh kasih sayang sukar untuk dicari ganti!Tangan itulah yang buat pertama kalinya kusentuh tatkala takdir ALLAH menentukan lahirnya aku kedunia ini.pahit getir suka dan duka ditelan jua walau sebesar dan sehebat mana dugaan yang perlu ditempuh 'UMMI'.'UMMI' tetap tabah!'UMMI' tetap sabar!.Ya ALLAH,KAU yang maha mengadili segalanya...Mengapa kini aku sebagai anak perlu menafikan pengorbanan sebesar pengorbanan 'UMMI'?Mengapa kini aku cuba untuk menafikan dan tidak pula cuba untuk membalas segala jasa 'UMMI'?Setiap detik hatiku sering memohon kebaikan kepada ALLAH untuk kebaikan dan kesejahteraan 'UMMI'.Persoalan yang sering aku tanya didalam benak hatiku ini adakah aku dapat membahagiakan 'UMMI'?Insan yang tersangat aku sayang!Insan yang tersangat aku hormat!Insan yang tersangat aku perku dalam hidupku.Insan itu adalah 'UMMI'...Insan itu yang memimpinku jauh melayari kehidupan duniawi.Membuatku kenal makna hidup sebenar.Dari kecil hingga dewasa,nasihat 'UMMI' tak pernah hilang dalam kotak ingatanku.Aku tahu 'UMMI' perlukan aku dan aku perlukan 'UMMI'.Tiada yang dapat kuucap dengan kata-kata kecuali kupanjatkan syukur kepada Yang Maha Esa kerana mengurniakan aku 'UMMI',seorang ibu mithali...

Aku hanya mendugaTidak mampu merasa
Sebenar-benar perasaanmu pengorbanan
yang kau lakukan untuk dewasakanku
hanya bisa ditanggung hati ibu...

*Ummi,i actually owe u so much!Thank you for everything.Sincerely for my mother,Nasirah bt.Hj.Awang!

Teman Sejati

Salam persahabatan ukhwah untukmu teman
Dalam lena ku terjagaDalam mimpi ku terleka
Kau teman insan yang satumembawa daku menjelajahi
pahit getir melayari kehidupanSalam hormat ssetingginya teman.....

Renungkanlah,Terminal kasih semakin hampir ke penghujung
jika kau masih leka dalam kehanyutan duniacarilah,berilah
peluang pada dirimu agar nanti tiada apapun yang
cuba merobek calar hatimuLantas kau tersedar...

Perjalanan hidup masih panjang dalam pengertian Edmund Hillary,
bukan gunung yang ditawan tetapi diri sendiri hadapilah dengan
penuh pengertian dan kesabarankerana disitu letaknya harga
sebuah kebahagiaanDan kiniaku bangga dan gembira kerana
kejayaan dan kegembiraan milik kita bersamadek keakraban
yang sudah lama terjalindiantara kitademi kita...

luhurnya hatimu temantiada apa yang menjadi impian selain
rahmat kasihMU Tuhanyang terbias pada ketulusan sekeping hati
seorang insan bernama temansalam kasih dariku untukmu
pada noktah akhir titipan...*

Alhamdulillah diberi ilham untuk menulis.Berterima kasih pada yangsudi menghargai dan menilai puisi ini.Semoga beroleh manfaat buat semua.For my lovely friend.This is for u.U have help me alot through obstacles and there is just no word to describe how i really appreciate you.As human being,i may have mistakes.Thanks for all!

Terima Kasih Cikgu


Dalam keresahan meniti hari-hari

Dengan penuh debaran,berdepan dengan

kenyataan untuk menggapai sebuah

kejayaan dengan berpegang pada

satu harapan.......


Cikgu,

Diri ini amat menghargai selautan kasih

juga pengetahuan yang cikgu berikan

Terima Kasih untuk secangkir kasih

yang cikgu curahkan.........


Cikgu,

Selagi hayat dikandung badan,nasihat

cikgu akan dijadikan pedoman walau

sekalipun terpaksa mengharungi

loronglorong sempit yang berliku


semoga dengan secebis harapan dan

doa serta kata-kata semangat yang cikgu

berikanakan menjadi penguat

semangat untukterus berjaya....


Cikgu

untuk meneruskan perjuangan

yang masih lagi tiada berpenghujung,

akan aku melangkah menjejak pulau

impian dengan berusaha bersungguh-sungguh


Cikgu,

Doakan diri ini agar berjaya sampai

kepelabuhan kejayaan ciptaan sendiri.


Untuk cikgu berhati luhur menjadi lilin menerangi diri.Terima kasih cikgu....

Saya Budak Baru Belajar.....

Salam kepada semua pembaca..
Buat pertama kalinya menulis di ruangan sendiri.Sesuatu yang amat menyeronokkan..Alhamdulillah diberi kesempatan oleh ALLAH TAALA untuk menghasilkan blogger ini dengan jayanya..Selama ini hanya buka dan tengok jer blog orang.Rasa jealous tur ada la jugak, tapi takpe sekarang dah ada blog sendiri dan boleh postkan hasil penulisan sendiri, dan sekarang tibalah masanya yang ditunggu- tunggu untuk aku mengucapkan Ahlan Washlan pada semua pembaca blogger tak dilupakan juga pada yang teristimewa Mohd Zuhairi Mohd Zain yang banyak menyokong selama ini.....Selamat Membaca.Assalamualaikum.........