CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Isnin, 24 November 2008

Sweet d ain's bakery


Salam semua........
Ha, dihari yang berbahagia nie aku nak kongsikan kepada hangpa semua blog aku yang terbaru...Blog tue menceritakan pasal makanan je...Bersesuaianla dengan nama diberi Sweet d ain's bakery....Hehehehe.....So, kalu hangpa semua nak tgk contoh2 makanan yang disediakan di Sweet d ain's bakery ni silala berkunjung ke http://ainsbakery.blogspot.com.

p/s:kalu nak buat reservation boleh jugak.Tp cuma sekitar Sg Petani & kawasan yang sama waktu dengannye sajala...Kalu yang tinggal jauh tue bukan tak boleh tempah,takut nanti ble sampai dah berulat makanan tuh!Hehehehe....
















Sweet d ain's collection

Salam kepada semua..Sekarang ni cuti sekolah dah pun bermula.Jadi pahem2 jela undangan kenduri kahwenpun makin banyakla.....Dh alang2 online ni,akupun ambilla kesempatan yang ada untuk mempromote perkhidmatan perniagaan yang aku jalankan secara tak langsung nih..Heheheh...!So alkisahnya beginilah.

Sweet d ain's collection menyediakan khidmat:
@) menggubah hantaran
@) mereka bentuk jahitan manik & menjahit manik mengikut kehendak semasa pelanggan
@) Gubahan bunga telur
@) Beg hadiah
@) Cenderahati untuk tetamu
@) Make up & andaman pengantin

So, kepada you all semua, kalu berminat janganlah ditunggu lama2, silalah buat tempahan dengan mendail nombor' 017- 4436953' ye?Kat atas nie ada la skit contoh2 yang terpakai untuk korang menjamu mata. ;-)

p/s: web site bagi bisnes yang aku jalankan nih masih lagi dalam proses pembikinan.Jadi hangpa semua kenala tunggu uuuuuuuuu....Kat situ nanti aku akan up loadkan seberapa banyak yang mungkin gambar gubahan hantaran serta yang len2..sekarang ni masih lagi apa orang kata 'budak- budak baru nak blajaq merangkak' that whyla banyak lagi yang perlu diperbaiki terutama sekali dari segi pengiklanan.By the way, i have the pleasure :-)

Doa Buat Kekasih

Ya Allah....
Seandainya telah engkau catatkan... Dia milikku tercipta buatku... Satukanlah hatinya dengan hatiku... Titipkanlah kebahagian antara kami.... agar kemesraan itu abadi... Dan ya Allah... ya tuhanku yang maha mengasihi... Seiringkanlah kami melayari hidup ini... Ketepian yang sejahtera dan abadi... Tetapi ya Allah... Seandainya telah engkau takdirkan.... dia bukan miliku... Bawalah ia jauh dari pandanganku.... Luputkanlah ia dari ingatanku... Dan peliharalah aku dari kekecewaan.... Serta ya Allah ya tuhanku yang maha mengerti.... Berikanlah aku kekuatan... Melontar bayangannya jauh ke dada langit... Hilang bersama senja nan merah.. agarku bisa bahagia... Walaupun tanpa bersama dengannya... Dan ya Allah yang tercinta... Gantillah yang telah hilang.... Tumbuhkanlah kembali yang telah patah... Walaupun tidak sama dengan dirinya...

Ya Allah ya tuhanku...
Pasrahkanlah aku dengan takdirmu... Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan... Adalah yang terbaik buat ku.... kerana engkau maha mengetahui... Segala yang terbaik buat hamba Mu ini...

Ya Allah... Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku... Di dunia dan di akhirat... Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini... Jangan engkau biarkan aku sendirian... Di dunia ini mahupun di akhirat... Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran... Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman... Supaya aku dan dia sama2 dapat membina Kesejahteraan hidup... Ke jalan yang Engkau redhai... dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh....
Amin.. Ya Rabbal A'lamin. .