CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Ahad, 8 November 2009

Syukran!!
Sudah tersedia hasil walau cuma kata- kata biasa...Harapan yang pasti akanku teruskan perjuangan dalam meniti waktu- waktu yang mendatang dengan penghasilan karya yang bermanfaat buat semua khususnya buat seseorang yang setia menantiku....Harapan dan doa agar hubungan ini akan abadi.InsyaAllah.Mohon permisi...................

Khamis, 4 Disember 2008

Crite Slumber jerkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk

Salam untuk semua.....Pe khabar orang2 di pantai timur?Di pantai barat?And di pantai utara?(ade ke pantai utara & barat?!?Hemtam jela labuuuuuuuuuu).Mesti sihatkan?Harap2nya cam gitulah.....Aku kat sini saja yang tak sihat.Tak tau kenapa....Yela, aku nikan orang 'besar',badan 'besar'.Pendek kata yang besar2 suma akula......kuang3x!Pecah rahsia aku......jadi tue pasalla aku suka pikir benda yang besar2.Otak kecil jerk,pikir benda yang besar2 camne tue erkk??Muat ke nak masuk dalam 'brain' aku nih??Astaghfirullahhal azim......Hari nie tak de post yang istimewa sgtla coz aku mls nak karang mende2 yang melibatkan sensitiviti sangat...Cumenya aku nak ucap pada yang mengenali dan mengetahui serta yang mengikuti perkembangan blog aku,terima kasih akan sokongan anda.Hanya Tuhan yang bisa membalasnya..Lately ni aku sibuk skit.Al maklumla dah jadi businesswomen nikan mestila sibuk skit.Tak skitla banyak jugakla sibuknya tue...indu kenangan waktu kat kampus dulu...Bersama teman2 seperjuangan.Syok giler tu!Aku ada 2 orang kawan baik masa time2 blaja dulu.Nama diorang Syakiela la la dan is is yang manje..(Manje kerrr?)Hehehehehe........Sekarang ni semua dah berubah.Semua pergi bawa haluan masing2.Is dengar kata dah berhenti blaja,aku laks memang dah sah2 berhenti, cuma lani tinggal liela jerk yang study kat situ lagi...Mesti hangpa semua tertanya2 kenapa aku buat keputusan berhenti blaja kan?Kisah dia panjaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaangggggggggggggggggggg...Aku rasa biarla ia tersimpan kemas didalam memori ingatanku ini.Dan semoga ..Ewwwwaaaaaahhhh!Auuuwwwww!!Yala ada benda kita bley share dengan orang, ada benda kita simpan sorang2.Tak gitu cik kiah?

p/s mak aku panggil,nanti aku sambung balik crita.Daaaaaaaaaaaaaa

Isnin, 1 Disember 2008

Nyampahnyeeee.........

Salam buat smua....Hari nie hari selasa kan?Perrrhhhh......hari yang penuh tragis bagi aku.Manakan dengan karenah customer lagi, karenah 'BIGBOSS' yang errrrggggggghhhhh....TENSION TUE....Tak ley nak gitau macamana?!Hari nie ada lagi satu bala yang aku dapat.Aku pun tak tau pasai pa bleh jadi kat diri aku.Al kisah dia macamnila,pada hari Ahad yang lepas aku adala tolo0ong sorang hamba ALLAH ni.Senang citer aku gelarkan dia 'Pakcik Beruban',dia mai kt ofis aku, dia nak mintak tol0ong aku potostat kt dia ic coz alasan dia yang tak reasonable tue kat ground flo0r tak dak kedai pot0stat!Kebetulan dia kata dia tak tau nak cari kat mana dah kedai potostat tue dia tengok kat opis aku ada scanner,then diapun suruhla aku tolong scan ic dia sat.Aku pun dengan penuh rasa meluat dan sket2la benci menyecanla ic dia yang hodoh tue...(Nie dah tahap cipan punya bencila ni)Dia katala kat aku"Takpa,kalau nak suruh saya bayar RM1.00 untuk satu keping ic nipun saya saggup tauu..."Pas tue akupun katala kat dia balik"Ishh...Takpala,nanti pila kt kedai potostat na,pasaipa scanner ni untuk kegunaan pejabat saja......................"Lepas aku dah settle potostat ic dia tue,diapun agila kat aku RM 1.00 yang macam dia janji tue...aku kata kat dia tak payahla dengan harapan dia tak mai lagi kat opis aku nak mintak potostat.Dah aku kata macam tue bertambah bungala dihati dia yang sememangnya layu tu....Dia executif kumpulan etiqa.Alah yang buat insurans tue....Tau dak???Dia mintak number hp aku.Mak ooiiii........Terkejut beruk aku bila dia kata nak no.hp aku.Tak sedar diri,xpadan dengan dah tua gatai nak mampoih!!Akupun tolak la dengan baik,dia bagi business kad dia kat aku(Dia ingat aku nak call dia kot!?eeeiiiiiiii geli ngat!)Dah orang bagi akupun ambikla.Dia mintak aku punya phone gak!Salah aku jugaklakan.. Siapa suruh gatai pi bagi no??Tanpa berlengah lagi akupun bagila...No yang kau bagi tue,aku tak mau pakai dah nanti.Jadi aku takla rasa menyesal sangat.Haripun berlalu pergi egitu sahaja....Hari nie dah masuk 2 harilah peristiwa tue berlaku kepada diri aku.Aku ingatkan akan terkubur begitu sahaja kerna aku yakin takdir takkan menemukan aku dan dia.Tiba-tiba,dengan tanpa memberi apa2 isyarat dan tanpa aku pinta dan duga,dia telefon aku!!!!"Ya ALLAH,Tolong Nabila Ya Allah"(ayat dalam citer Mutiara Hati)Dia cakap nak buat appoinment dengan aku.Akupun dah nak buat macammna dengan lemah semangat sekali aku cakapla ok.Dia tahu opis aku kat mana,diapun maila tanpa undangan dan jemputan.Konon2 tue nak jual insurans dia kat akula alih2 ubah topik.Tapi aku langsung tak bagi apa2 responpun!AKU RASA DIA TAU AKU TAK SUKA KEDATANGAN DIA,jadi diapun ckpla kat aku"takpala kalu ada apa2 lagi saya akan call ain."Uuuwekkkkk...Nak termuntah aku dengar.Mentang2la pakai mersedes,rumah besar,bergaya skit,dia ingat 'orang muda' mcm aku nie nak kt dia kot!??!Poooooooorahhhhhhhh....Geli geleman aku.....Kesudahan dari kisah aku nih hangpa semua amikla pengajaran dan iktibar(khusus untuk kaum hawa sajala..)Untuk kaum lelaki,jangan cuba main mata haaa?

Wassalam.......

Isnin, 24 November 2008

Sweet d ain's bakery


Salam semua........
Ha, dihari yang berbahagia nie aku nak kongsikan kepada hangpa semua blog aku yang terbaru...Blog tue menceritakan pasal makanan je...Bersesuaianla dengan nama diberi Sweet d ain's bakery....Hehehehe.....So, kalu hangpa semua nak tgk contoh2 makanan yang disediakan di Sweet d ain's bakery ni silala berkunjung ke http://ainsbakery.blogspot.com.

p/s:kalu nak buat reservation boleh jugak.Tp cuma sekitar Sg Petani & kawasan yang sama waktu dengannye sajala...Kalu yang tinggal jauh tue bukan tak boleh tempah,takut nanti ble sampai dah berulat makanan tuh!Hehehehe....
















Sweet d ain's collection

Salam kepada semua..Sekarang ni cuti sekolah dah pun bermula.Jadi pahem2 jela undangan kenduri kahwenpun makin banyakla.....Dh alang2 online ni,akupun ambilla kesempatan yang ada untuk mempromote perkhidmatan perniagaan yang aku jalankan secara tak langsung nih..Heheheh...!So alkisahnya beginilah.

Sweet d ain's collection menyediakan khidmat:
@) menggubah hantaran
@) mereka bentuk jahitan manik & menjahit manik mengikut kehendak semasa pelanggan
@) Gubahan bunga telur
@) Beg hadiah
@) Cenderahati untuk tetamu
@) Make up & andaman pengantin

So, kepada you all semua, kalu berminat janganlah ditunggu lama2, silalah buat tempahan dengan mendail nombor' 017- 4436953' ye?Kat atas nie ada la skit contoh2 yang terpakai untuk korang menjamu mata. ;-)

p/s: web site bagi bisnes yang aku jalankan nih masih lagi dalam proses pembikinan.Jadi hangpa semua kenala tunggu uuuuuuuuu....Kat situ nanti aku akan up loadkan seberapa banyak yang mungkin gambar gubahan hantaran serta yang len2..sekarang ni masih lagi apa orang kata 'budak- budak baru nak blajaq merangkak' that whyla banyak lagi yang perlu diperbaiki terutama sekali dari segi pengiklanan.By the way, i have the pleasure :-)

Doa Buat Kekasih

Ya Allah....
Seandainya telah engkau catatkan... Dia milikku tercipta buatku... Satukanlah hatinya dengan hatiku... Titipkanlah kebahagian antara kami.... agar kemesraan itu abadi... Dan ya Allah... ya tuhanku yang maha mengasihi... Seiringkanlah kami melayari hidup ini... Ketepian yang sejahtera dan abadi... Tetapi ya Allah... Seandainya telah engkau takdirkan.... dia bukan miliku... Bawalah ia jauh dari pandanganku.... Luputkanlah ia dari ingatanku... Dan peliharalah aku dari kekecewaan.... Serta ya Allah ya tuhanku yang maha mengerti.... Berikanlah aku kekuatan... Melontar bayangannya jauh ke dada langit... Hilang bersama senja nan merah.. agarku bisa bahagia... Walaupun tanpa bersama dengannya... Dan ya Allah yang tercinta... Gantillah yang telah hilang.... Tumbuhkanlah kembali yang telah patah... Walaupun tidak sama dengan dirinya...

Ya Allah ya tuhanku...
Pasrahkanlah aku dengan takdirmu... Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan... Adalah yang terbaik buat ku.... kerana engkau maha mengetahui... Segala yang terbaik buat hamba Mu ini...

Ya Allah... Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku... Di dunia dan di akhirat... Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini... Jangan engkau biarkan aku sendirian... Di dunia ini mahupun di akhirat... Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran... Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman... Supaya aku dan dia sama2 dapat membina Kesejahteraan hidup... Ke jalan yang Engkau redhai... dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh....
Amin.. Ya Rabbal A'lamin. .

Ahad, 23 November 2008

Lama Rasanya Menyepi....

Berjalan sendirian dalam gerimis menyisakan tanya dalam hati.Bila sesungguhnya akan berakhir,semua yang akhir-akhir ini menyapaku dengan tidak ramah.Menghimpitku sehingga aku sulit untuk bernafas,membuat hariku tak lagi penuh warna.
Tapi, bukankah seseorang aku menjadi kuat jika dia tahan terhadap apapun yang terjadi terhadap hidupnya.Sensetifnya jiwa, rapuhnya perasaan, aku bergumam saat gerimis jatuh disudut mata.Apa pun yang terjadi adalah hasil pilihan hari semalam.Jadi terimalah semuanya dengan hati yang SABAR.

Syukurilah apa yang selama ini telah engkau dapatkan, jangan berasa bahawa kau adalah orang yang kalah.Bila saat ini kau berasa tidak beerti,cuba lihat kembali perjalananmu selama ini.Semua kesusahan pasti ada jalan keluar.Jika kau merasa orang lain berasa senang kerana tidak di uji,di situlah seharusnya kamu bersyukur kerana melewati pelbagai hal dalam hidup..
Percayalah, sesungguhnya kamu ditempa menjadi manusia pilihan, manusia gagah yang tidak pernah gentar menghadapi apa saja.

Tidak mungkin dia biarkan seseorang berada terus didalam kesempitan, pasti ada saat dimana duka berganti, pelangi pastikan kembali hadir mewarnai hidupku.Aku harus hadapi semua ini, harus berani sambil berusaha dan tidak henti berdoa..doa dan terus berdoa...

Catatan tinta penentu zahir batin...Ada hak yang hakiki disitu tanpa perlu dielus manja...Tarikan seperti mengerti hari yang meniti terlalu malap!Tiada cahaya menyebelahi...Pohon doa restu..Agar bisa diatur dengan jayanya perjalanan kehidupan disini...Menanti saat diri tidak lagi dibelenggu rasa...........Oh hati,tabahlah..Andai itu yang cuma sekadar bisa megubati..

Tangan yang dihayun sudah mahu berhenti...Cacatan akhir cuma hanya ini...Diri ini berundur untuk sekian kali...Pada yang menegerti isi hati terima kasih kerana dukunganmu....Akan ku balas walau bukan dengan kadar seberapa segera.Biiznillah...

Selasa, 18 November 2008

Aku Wanita Punya Hati Nurani....

Sedikit Coretan Luahan Rasa....


Salam...Kebelakangan ini selalu pening kepala..Agaknya sebab terlampau fikirkan hal2 yang rumit.Rasa susah sekali....Perlukan idea untuk menyelesaikannya.....Tapi ntah kenapa aku jadi buntu............................?Kecelaruan yang selalu melanda diri aku tatkala aku sedang ditimpa sesuatu musibah..Oh Tuhan,Tolonglah hambaMu yang hina ini..Aku tidak merasakan aku layak untuk meminta- minta dariNYA...Diri ini yang penuh dengan dosa, sungguh hina sekali...Adakah ada jalan untuk aku selesaikan sesuatu dengan seberapa pantas tanpa perlu belas ehsan dari yang Maha Kuasa???Jawapannya sudah tentu tidak....Aku hambaNYA dan DIALAH TUHAN RABBUL IZZATY....Tika saat menekan-nekan yang kugelar ia sebagai 'Keyboard' ini,Aku jadi resah lagi....Bahkan semakin resah...Dek kerana terlalu gusar ku temukan akal untuk cuba menulis,Moga hati nan resah gelisah ini bisa ditenteramkan...Ya Tuhan,banyaknya dosaku..KAU berilah ku kekuatan agar bisa ke tempuhi saaat getir ini dengan tenang...Tiada tempat yang dapat ke mengadu melainkan ENGKAU TUHAN SEKELIAN ALAM..Hari semakin beranjak menemukan hari- hari yang mendatang, sukar untuk melelapkan mata..Terkadang aku merasakan diri ini terlalu bodoh untuk cuba berfikir secara logika,Masa- masa silamku yang susah untukku padamkan dari kotak ingatanku,tapi kugagahi jua untuk menghapuskannya...Mengapa jadi seperti ini kepadaku?Kenapa mesti aku yang melaluinya?Sukar kiranya jika mahu diungkap dengan kata- kata....Aku insan biasa yang lemah..Itu antara bicara kata yang selalu ku kata pada diri.Walau bagaimanapun jua, aku pasti akan ada satu jalan yang bisa aku lalui, demi hak dan maruah diri serta kewajipan juga satu corak kehidupan yang sirnanya abadi, tidak seperti siang yang akan beransur pergi dek kerna malam sudah menanti untuk menjadi pengganti.......Doaka agar aku bisa menempuh jua menyelesaikannya dengan kadar seberapa segera.Untuk 'Si Dia' nun jauh ditimur sana,Thank you fo always be there...Sumber inspirasi dan kekuatanku agar menjadi 'insan yang tegar'

Isnin, 10 November 2008

Antara Cita Dan Cinta


Ada apa dengan cinta?Kalau bercerita tentang cinta dia dahulu yang jadi juaranya..Cerita tentang teman istimewa,peribadinya,ketampanan yang sedia ada pada kekasihnya.Wah!semuanya yang hebat-hebat belaka.Bagi diriku,tak ada apa yang boleh diceritakan tentangcinta!Akupun tak tahu apa kelebihannya bila bercinta?Tapi yang aku tahu,seseorang yang tengah bercinta mesti melekat dekat handphone sepanjang masa,habiskan duit dengan'topup'sentiasa..Apa motifnya untuk seseorang tue cuba untuk menafikan cinta?Adake cinta tu membawa bahagia atau hanya menyakitkan jiwa?Tepuk dada tanya ler selera..No komen...Tapi bagi aku dalam kehidupan setiap insan memerlukan cinta.Cinta yang utama hanya padaNYA,seterusnya cinta pada nabi dan cinta ssesama manusia.Dia dilahirkan dengan cinta.Semasa berda dalam semester pertama lagi dah ada'pakwe'.Katanya nanti adala jugak orang yang boleh bagi support dalam study!Bosanla pulak kalau dalam hidup nitak pernah cuba merasa macammana rasa nikmat bercinta.Kalau dah ada 'chance' tu apalagi yang nak ditunggu,try ajela..Belum belum tau...Itulah antara kata-katanya.Ada plak yang kata kalau kita bercinta ni susah nak blajar!Yela asyik do ingat dekat si dia jee..Betul ke?No komen..Pelajaran memang penting dalam kehidupan.Aku tak nafikan seseorang tu perlukan cinta dan cita untuk jaminan hidup yang lebih baik dan bahagia.Tapi apa motifnya kalau bercinta sehingga terlupa cita-cita?Apa motifnya kalau bercinta sehingga terabai segala-galanya?Oh no,persoalan yang susah nak dijawab!Katanya lagi,cinta tu buta,cinta tak kenal siapa,cinta juga tak peduli umur berapa.Yang penting perasaan sayang dan suka sama suka.Untuk mendapatkan cita-cita juga perlukan cinta.Cinta pada apa yang dicitakan dan apa yang diimpikan.Dan hingga kini dia tidak menidakkan cinta.Kerana baginya cinta itu satu anugerah yang tercipta buat setiap insan ciptaan ALLAH yang Esa.Tanpa cinta tiada ertinya cita-cita.Carilah cinta,kejarlah cita-cita...Aku masih ingat,sebahagian dari lirik lagu sebuah kumpulan nasyid(IN TEAM)Kalimah cinta.....

Adam hawa bercinta disyurga
Angkara iblis terpisah menderita
kerana cinta mereka setia bertemu didunia....

Kerna cinta kenal pencipta
Kerna cinta kenal Rasulya
Kerana cinta kenal saudara bahagia keluarga..

Hidup tanpa cinta sengsaralah jiwa
sengketa dan dusta yang merajai jiwa
dibatasan cinta syariat terjaga
tanpa keraguan tanpa kesangsian...

Doa Seorang Kekasih

Sweet Memory.....


Salam kepada semua....Hari nie kenapa ntah tetiba je aku rasa rindu banget kat my double sweet baby ARDINI ZAHIRAH ZULKIFLY nih...Rindula kat dia...Kalu nak tau dia seorang jela buah hati pengarang jantung bagi family aku, Othman family Enterprise!Hehehe...Sebabnye ayah aku buat setakat ni dia takdela plak berniat nak tambah cawangan lagi(*Tambah bini lagi)Nanti kalau dia tambah lagi satu cawangan aku kenala letak Othman Family Sdn Bhd.Harap-harap tu takla sebabnye dah dah putihpun kepala tu takkan ada hati lagi kot?..Al kisah dia macam ni,Ardini Zahirah ni anak sedara aku yang baru berumur 1 tahun 4 bulan. Kalau nak tengok dan tilik muke die,you all semua tgkla gambar baby tue?Cute tak?Mestila cute, tengokla sape mak sedare dia...Heheheh....Al maklumla,anak sedare cume seorang tu je sebab tu la kitorang adik beradik suke berebut-rebut nak main dengan dia...Masa kakak aku mengandungkan dia dulu,Alhamdulillah takde apa-apa masalah, semua urusan dipermudahkan olehNYA....Syukran....Pada 13 Julai 2007 kakak aku selamatlah melahirkan seorang puteri yang comel di Hospital Besar Sungai Petani Kedah seberat 2.8 kilogram.Masa tue kakak aku berpantang kat umah aku.Hari-hari yang dilalui lebih bahagia dan gembira dengan keletah manja dan menghiburkan...Oleh kerana kakak aku tinggal di Ayer Tawar,Perak jadi waktu hujung minggu sajela aku dapat jumpa dengan Si comel ni...Rindu banget sama dia......Muuaaaaaccchhhh!

Alahai Nafsu.....

Nafsu adalah sebahagian dari manusia dan manusia tidak boleh berpisah darinya.Malah,dengan nafsu dunia menjadi indah.nafsu adalah anugerah dari ALLAH S.W.T.Didalamnya ada ilham baik dan buruk seperti dalam maksud firman ALLAH,'kami ilhamkan kebaikan dan keburukan dalam hati manusia'.berjayalah kepada sesiapa yang dapat mendidik hati sebagaimana kalangan nabi dan rasul.Sesiapa yang boleh mengawal hati tidak mustahillah juga seseorang itu dapat menguasai nafsu.Sebaliknya,sesiapa yang rosak telah rosak hati,hatinya itu akan menjadi tunggangan nafsu.Mulia atau hinanya manusia bergantung kepada sejauh mana manusia boleh mengawal nafsu.Nafsu bukan untuk dibunuh tapi sebenarnya untuk dididik.Al Quran membahagikan nafsu kepada tiga,iaitu nafu 'amarah',iaitu nafsu jahat,nafsu ;lawwamah'(menyesal apabila membuat kejahatan),dan nafsu 'mutmainnah'(tenang).Bila buta martabat nafsu,manusia akan teraba-raba dalam kegelapan,ada yang bersa dirinya hina disisi ALLAH,tapi sebenarnya mulia disisi ALLAH kerana berjaya mengawal nafsu.Ada pula yang menyangka dirinya mulia disisi ALLAH tapi sebenarnya hina disisi ALLAH kerana tidak tahu mengawal nafsu.Ada yang berasa dirinya patut dimuliakan tapi sebenarnya adalah sebaliknya disisi ALLAH.Jadi sama-samalah kita menginsafi dan mengingatkan diri kita agar dapat menjadi insan yang terpilih disisi ALLAH.Dikesempatan yang ada ini,saya ingin mengingatkan diri sendiri dan orang lain agar dapat mendidik dan menguatkan hati supaya dapat menewaskan nafsu.Semoga dapat kita beramal dengan sebaiknya.InsyaALLAH..

Aku Punya Ibu Sehebat UMMI!


Alhamdulillah.Aku bahagia punya ibu sebaik 'UMMI'.Aku bangga punya ibu sekuat 'UMMI'.'UMMI'adalah sumber inspirasi buat diriku.Aku sayang akan 'UMMI'.Aku cinta akan 'UMMI'.Aku tahu aku tidak bisa jadi sekuat 'UMMI'.'UMMI'lah yang selama ini membesarkan aku.Mencurahakan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi pada kami adik beradik.Segala pengorbanan 'UMMI'tak bisa untuk aku balas.Pengorbanannya cukup besar sekali maknanya bagi aku dan adik beradik yang lain.Bahagianya aku kerana beribukan 'UMMI'!Aku dibesar,dididik dan dijaga dengan penuh pengertian.Tangan 'UMMI' yang selama ini membelaiku dengan penuh kasih sayang sukar untuk dicari ganti!Tangan itulah yang buat pertama kalinya kusentuh tatkala takdir ALLAH menentukan lahirnya aku kedunia ini.pahit getir suka dan duka ditelan jua walau sebesar dan sehebat mana dugaan yang perlu ditempuh 'UMMI'.'UMMI' tetap tabah!'UMMI' tetap sabar!.Ya ALLAH,KAU yang maha mengadili segalanya...Mengapa kini aku sebagai anak perlu menafikan pengorbanan sebesar pengorbanan 'UMMI'?Mengapa kini aku cuba untuk menafikan dan tidak pula cuba untuk membalas segala jasa 'UMMI'?Setiap detik hatiku sering memohon kebaikan kepada ALLAH untuk kebaikan dan kesejahteraan 'UMMI'.Persoalan yang sering aku tanya didalam benak hatiku ini adakah aku dapat membahagiakan 'UMMI'?Insan yang tersangat aku sayang!Insan yang tersangat aku hormat!Insan yang tersangat aku perku dalam hidupku.Insan itu adalah 'UMMI'...Insan itu yang memimpinku jauh melayari kehidupan duniawi.Membuatku kenal makna hidup sebenar.Dari kecil hingga dewasa,nasihat 'UMMI' tak pernah hilang dalam kotak ingatanku.Aku tahu 'UMMI' perlukan aku dan aku perlukan 'UMMI'.Tiada yang dapat kuucap dengan kata-kata kecuali kupanjatkan syukur kepada Yang Maha Esa kerana mengurniakan aku 'UMMI',seorang ibu mithali...

Aku hanya mendugaTidak mampu merasa
Sebenar-benar perasaanmu pengorbanan
yang kau lakukan untuk dewasakanku
hanya bisa ditanggung hati ibu...

*Ummi,i actually owe u so much!Thank you for everything.Sincerely for my mother,Nasirah bt.Hj.Awang!