CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Isnin, 10 November 2008

Alahai Nafsu.....

Nafsu adalah sebahagian dari manusia dan manusia tidak boleh berpisah darinya.Malah,dengan nafsu dunia menjadi indah.nafsu adalah anugerah dari ALLAH S.W.T.Didalamnya ada ilham baik dan buruk seperti dalam maksud firman ALLAH,'kami ilhamkan kebaikan dan keburukan dalam hati manusia'.berjayalah kepada sesiapa yang dapat mendidik hati sebagaimana kalangan nabi dan rasul.Sesiapa yang boleh mengawal hati tidak mustahillah juga seseorang itu dapat menguasai nafsu.Sebaliknya,sesiapa yang rosak telah rosak hati,hatinya itu akan menjadi tunggangan nafsu.Mulia atau hinanya manusia bergantung kepada sejauh mana manusia boleh mengawal nafsu.Nafsu bukan untuk dibunuh tapi sebenarnya untuk dididik.Al Quran membahagikan nafsu kepada tiga,iaitu nafu 'amarah',iaitu nafsu jahat,nafsu ;lawwamah'(menyesal apabila membuat kejahatan),dan nafsu 'mutmainnah'(tenang).Bila buta martabat nafsu,manusia akan teraba-raba dalam kegelapan,ada yang bersa dirinya hina disisi ALLAH,tapi sebenarnya mulia disisi ALLAH kerana berjaya mengawal nafsu.Ada pula yang menyangka dirinya mulia disisi ALLAH tapi sebenarnya hina disisi ALLAH kerana tidak tahu mengawal nafsu.Ada yang berasa dirinya patut dimuliakan tapi sebenarnya adalah sebaliknya disisi ALLAH.Jadi sama-samalah kita menginsafi dan mengingatkan diri kita agar dapat menjadi insan yang terpilih disisi ALLAH.Dikesempatan yang ada ini,saya ingin mengingatkan diri sendiri dan orang lain agar dapat mendidik dan menguatkan hati supaya dapat menewaskan nafsu.Semoga dapat kita beramal dengan sebaiknya.InsyaALLAH..

0 ulasan: