CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Isnin, 10 November 2008

Terima Kasih Cikgu


Dalam keresahan meniti hari-hari

Dengan penuh debaran,berdepan dengan

kenyataan untuk menggapai sebuah

kejayaan dengan berpegang pada

satu harapan.......


Cikgu,

Diri ini amat menghargai selautan kasih

juga pengetahuan yang cikgu berikan

Terima Kasih untuk secangkir kasih

yang cikgu curahkan.........


Cikgu,

Selagi hayat dikandung badan,nasihat

cikgu akan dijadikan pedoman walau

sekalipun terpaksa mengharungi

loronglorong sempit yang berliku


semoga dengan secebis harapan dan

doa serta kata-kata semangat yang cikgu

berikanakan menjadi penguat

semangat untukterus berjaya....


Cikgu

untuk meneruskan perjuangan

yang masih lagi tiada berpenghujung,

akan aku melangkah menjejak pulau

impian dengan berusaha bersungguh-sungguh


Cikgu,

Doakan diri ini agar berjaya sampai

kepelabuhan kejayaan ciptaan sendiri.


Untuk cikgu berhati luhur menjadi lilin menerangi diri.Terima kasih cikgu....

0 ulasan: